Belanjawan 2021: My30 diperluas, pas komuter pelajar dan OKU RM5

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan akan meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan memperluaskannya ke Pulau Pinang dan Kuantan dengan peruntukan keseluruhan RM300 juta.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana Malaysia (PRASARANA) dengan harga RM30 sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Program itu membabitkan empat perkhidmatan, iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan bas Rapid KL yang dianggarkan memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna.

 

Tengku Zafrul berkata, pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga RM5 juga akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah Tahun Satu hingga Tingkatan Enam serta golongan orang kelainan upaya (OKU).

 

"Mereka boleh menggunakan pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.

 

"Jika tambang sekarang secara puratanya ialah RM5 sehari, maka bermula tahun depan, tambangnya adalah RM5 sebulan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pas perjalanan My30 bernilai RM30 itu berakhir pada 31 Disember ini dan digantikan dengan My50,…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, My50 yang terbuka eksklusif untuk warga…
Berita Domestik
Prasarana memaklumkan Pas Mutiara My30 adalah untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang…