Beg udara lutut - tidak begitu penting sebenarnya

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya konsumer perlu memahami satu perkara - lebih banyak beg udara tidak semestinya kenderaan itu lebih selamat.

Kajian dari Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS) dari US mendapati beg udara lutut mempunyai efek yang sangat minimal terhadap risiko kecederaan. Malah di dalam beberapa kes yang dikaji, beg udara lutut meningkatkan lagi risiko kecederaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kajian IIHS yang dilakukan ialah berdasarkan dua sumber - data ujian pelanggaran mereka sendiri dan data ujian pelanggaran sebenar.

Secara teori, beg udara lutut sepatutnya menyebarkan tenaga hentaman semasa pelanggaran untuk mengurangkan kecederaan kaki.

Namun begitu, di dalam ujian-ujian pelanggaran "small overlap" (pelanggaran di mana sebahagian kecil hadapan kereta dihentam kepada objek statik), hasil kajian mendapat risiko untuk kecederaan pada bahagian bawah lutut meningkat.

Data dari kemalangan sebenar yang berlaku di 14 negeri di US pula mendapati beg udara lutut mengurangkan risiko kecederaan dari 7.9 kepada 7.4 peratus.

Namun begitu, kesan itu dianggap tidak begitu penting kerana perbezaan berat pemandu, berat kenderaan dan model kenderaan yang terlalu berlainan.

IIHS juga berkata ada kemungkinan syarikat kenderaan memasang beg udara lutut khusus untuk memastikan kenderaan mereka lulus ujian wajib dengan patung "dummy" yang tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Pengalaman penulis sendiri ketika melawat ke JARI (Japan Automobile Research Institute) bersama Miros dahulu juga menunjukan bukti yang sama, di mana beg udara lutut digunakan untuk mendapat mata lebih sekiranya kenderaan itu mempunyai "masalah" pada bahagian bahawa stereng pemandu semasa ujian pelanggaran. Beg udara lutut mengurangkan penalti jika bahagian panel di bawah stereng tercabut dan menghentam kaki pemandu.

* Sumber dari Motor Trend

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…