Beg udara lutut tiada guna - IIHS

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam industri automotif, sering ada aksesori yang gunanya lebih kepada menarik perhatian pembeli.

Antara yang popular ialah brek cakera belakang, sunroof, bumbung panoramik dan sistem audio yang super canggih.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya (IIHS), agensi seperti NCAP untuk US kini berkata beg udara untuk lutut tidak begitu membantu dalam melindungi bahagian kaki tersebut.

Kajian IIHS dilakukan ke atas 400 kes ujian perlanggaran hadapan, laporan-laporan kemalangan sebenar dari seluruh dunia serta data untuk membandingkan prestasi antara kenderaan dengan beg udara kaki dan yang tidak dilengkapi dengan alat tersebut.

Hasilnya, beg udara lutut hanya mempunyai perlindungan yang sangat minimum.

Menurut IIHS lagi, syarikat kenderaan memasang beg udara lutut untuk melepasi syarat ujian kerajaan US bagi ujian pelanggaran dengan penumpang yang tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Terbukti undang-undang itu lapuk kerana zaman sekarang, semua orang akan menggunakan tali pinggang keledar.

Ia juga bermaksud pengguna membayar untuk sesuatu yang tidak berguna.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…