Bathhouse - Rumah kayu yang mampu bergerak menggunakan rangka bas

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga rumah baharu masa kini sudah mencapai tahap nilai mampu tengok, dan untuk menyewa rumah atau bilik murah yang dekat dengan tempat kerja pula amat mustahil dengan harga yang ditetapkan oleh pemilik umpama pergi haji balik hari itu. 

Alternatif mudah, beli sebuah van, atau coaster terpakai untuk dijadikan motorhome, atau campervan. 

Namun, untuk menjadikan sebuah motorhome itu sebuah rumah yang benar-benar bergerak, idea daripada Garage 54 ini wajar dijadikan sebagai contoh. 
 


Menggunakan tapak asas daripada sebuah bas berjenama UAZ yang sudah tua, hasil kerja warga Rusia ini mendefinisikan semula terma rumah bergerak dengan reka bentuk seperti sebuah rumah!

Usaha untuk menjadikan rumah bergerak bukanlah mudah, dan segala panel luaran terpaksa dipotong bagi membuang identiti asal sebagai sebuah bas. 

Namun, potong bukan sebarang potong, casis asal telah diperkukuh bagi menampung beban yang bakal dimuatkan ke atas casis bas ini, terdiri daripada dinding rasuk kayu membentuk sebuah rumah. 
 


Selesai dipasang, dinding hadapan terpaksa ditebuk bagi memuatkan windscreen, serta 'tingkap' sisi yang bertindak sebagai pintu di sebelah pemandu. 

Bagi keselesaan bermalam terutama dalam iklim sejuk beku di sana, Garage 54 memasang sebuah mesin pemanas yang diletakkan di bahagian kabin belakang. 

Hasil akhirnya tidaklah begitu selesa untuk dipandang bagi kita yang biasa dengan cuaca panas dan hujan yang kita alami sepanjang tahun, akan tetapi pujian harus diberikan kerana motorhome ini sememangnya lain daripada yang lain!

Saksikan bagaimana rumah mini ini bergerak di dalam kawasan bersalji. 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…