Bas langgar penghadang jalan, 21 individu dikejar ke hospital di Singapura

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Singapore Roads Accident
Seorang pemandu bas dan 20 penumpang dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas kenderaan Tower Transit dilapor merempuh sebuah penghadang jalan di Lapangan Terbang Changi Terminal 3, Singapura.

Memetik laporan Channel News Asia (CNA), insiden yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu melibatkan bas perkhidmatan 858.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Menurut Pengarah Komunikasi dan Pelanggan di Tower Transit, Glenn Lim, kejadian tersebut sedang disiasat.

Ujarnya, Tower Transit sedang cuba menghubungi penumpang yang cedera dan keluarga mereka untuk menghulurkan bantuan.

Sementara itu, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ketika dihubungi portal berkenaan turut mengesahkan insiden tersebut.

Polis memaklumkan, kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

- Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Terkini, negara jiran iaitu Singapura sedang semakin hangat membincangkan isu pemandu berusia…
Informasi
Ia adalah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Taman Daya, Johor dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah…
Berita Global
"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah…