Jet pejuang Singapura F-16 terhempas, juruterbang berjaya keluar dari pesawat

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari AFP
Sebuah jet pejuang F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas ia mengalami masalah semasa berlepas pada 12.35 tengah hari, Rabu.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa juruterbang bertindak mengikut prosedur kecemasan, berjaya keluar dari pesawat tersebut dan sedang menerima rawatan perubatan.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

"Juruterbang itu dalam keadaan sedar dan mampu berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan dan tiada anggota lain yang tercedera," kata Mindef.

Kementerian itu menambah bahawa RSAF sedang menjalankan siasatan.

"Kementerian Pertahanan dan RSAF akan memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian itu secepat mungkin," tambahnya. 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Pasukan tentera udara Korea menyatakan ia akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat…
Berita Global
  "Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat…
Berita Domestik
    Falcon Air merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa, menyelenggara dan jual…