Bermula 27 Disember hingga 31 Disember, para pemilik Yamaha boleh mendapatkan khidmat seperti penukaran minyak enjin, minyak gear, penapis minyak, penapis udara, serta palam pencucuh secara percuma di pusat servis dan pengedar sah Yamaha yang terpilih di sekitar Lembah Klang (rujuk senarai di bawah).

Kempen ini akan diperluaskan kepada kawasan-kawasan lain yang terjejas secara berperingkat.
Para pemilik dinasihatkan supaya membuat temu janji terlebih dahulu sebelum ke pusat servis.