Bakal ada ciri navigasi lebih pintar dari Waze terkini?

oleh Firdaus Razani|
Seperti umum tahu, kebanyakkan pengguna jalan raya menggunakan aplikasi seperti Google Maps atau Waze sebagai peranti navigasi bagi kemudahan untuk ke suatu destinasi.

Tambahan pula, aplikasi tersebut boleh disambung dari telefon pintar melalui Apple CarPlay atau Android Auto yang kebanyakkan tersedia secara standard pada kenderaan keluaran terkini.

Selain berfungsi sebagai navigasi, ia turut menunjukkan informasi semasa tentang keadaan trafik seperti jalan tutup, bencana yang berlaku di suatu jalan dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna merancang perjalanan.

 

waze

 

Tetapi terdapat juga aplikasi yang lebih maju selain berfungsi sebagai navigasi, dimana ia turut mempunyai ciri untuk berhubung dengan pengguna yang lain contohnya aplikasi Waze.

Buat ketika ini, Waze mempunyai ciri dimana pengguna boleh berhubung dengan pengguna yang lain dengan berkongsi sekiranya terdapat kemalangan, jalan berlubang, perangkap laju atau lorong ditutup.

Kelebihan ciri ini, ia dapat memberi amaran awal kepada pemandu lain, supaya mereka lebih banyak masa untuk memperlahankan kenderaan apabila menghampiri situasi tersebut.

Kini berjuta-juta pengguna menyumbang dengan data trafik, membantu aplikasi memahami perkara yang berlaku di jalan raya dan menjana amaran yang akhirnya menjadikan trafik lebih selamat untuk semua orang.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini, terdapat paten yang memaparkan sistem dan kaedah pemberitahuan keadaan semasa melalui kenderaan ke kenderaan, dimana ia. tidak memerlukan sebarang tindakan pengguna.

 

waze

 

Semuanya berdasarkan perkakasan yang dipasang di dalam kereta, menjadikan sistem pelaporan lebih mudah dan mudah untuk setiap kenderaan di jalan raya.

Jika sebelum ini, pengguna perlu berinteraksi menggunakkan aplikasi, di mana terdapat butang khusus pada UI (user-interface) utama aplikasi untuk melaporkan sebarang kejadian atas jalan raya.

Melalui ciri itu pengguna boleh memilih jenis laporan seperti perangkap laju, jalan berlubang, kenderaan di lorong kecemasan, penutupan jalan atau lorong, cuaca buruk, kemalangan jalan raya dan laporan lain.

Tambahan juga, pengguna boleh berkongsi maklumat terkini sekiranya terdapat sekatan jalan raya oleh polis dan berkongsi terus maklumat tersebut kepada pengguna lain melalui aplikasi.

Jadi, paten itu mencadangkan pendekatan yang serupa, tetapi bukannya pengguna, ia bergantung pada apa yang disebut oleh pencipta Peter Kulakov sebagai "pemantau kenderaan."

Pemantau ini boleh terdiri daripada kamera dan penderia yang dipasang secara built-in oleh pembuat kereta kepada peranti yang pengguna boleh sambungkan ke kenderaan mereka, seperti dashcam.

 

waze

 

Semuanya mesti menjadi sebahagian daripada rangkaian yang sama untuk mengenal pasti bahaya secara automatik, melaporkannya kepada sistem dan membantu beri amaran untuk pemandu lain.

Pengesanan bahaya adalah berdasarkan situasi semasa yang berlaku di sekitar (event trigger), di sinilah teknologi automatik menjadi jauh lebih maju daripada apa yang Waze mampu lakukan hari ini.

Event trigger boleh menjadi apa sahaja yang akhirnya boleh memberi kesan kepada trafik, seperti kenderaan menjadi perlahan, menyebabkan bahaya untuk kenderaan lain yang bergerak di belakangnya.

Walau bagaimanapun, kerana semuanya berdasarkan data peranti, sistem juga boleh mengakses lebih banyak maklumat kenderaan, termasuk data kesihatan kenderaan, tekanan pada brek dan butiran lain yang dapat beri amaran awal mengenai keadaan atas jalan raya.

 

Baca artikel penuh di AutoEvolution

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan…
Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…