Baidu mulakan perkhidmatan robotaxi tanpa pemandu di Beijing

oleh Mohamad Hanif|
Baidu baru-baru ini secara rasmi melancarkan perkhidmatan robotaxi tanpa memerlukan khidmat pemandu sepenuhnya di Beijing, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai Apollo Go Robotaxi itu memulakan operasi pada 2 Mei di Shougang Park, Beijing di mana kawasan itu merupakan lokasi penganjuran sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing tahun 2022.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Apollo Go untuk menjejak lokasi robotaxi, selain menggunakan fungsi lain seperti navigasi realiti maya, serta ciri hon jarak jauh.

Selaras dengan SOP COVID-19, setiap robotaxi ini juga disertakan dengan kod QR untuk diimbas oleh pengguna bagi menyahkunci kereta, serta tujuan pengesahan identiti.

Seperti yang diperkatakan, perkhidmatan ini memang tidak menampilkan peranan seorang pemandu, namun setiap robotaxi ini dilengkapi ciri 5G Remote Driving Service yang membolehkan pusat kawalan mengambil alih pemanduan di dalam situasi kecemasan.

Di dalam kawasan tersebut, pengguna boleh menetapkan lokasi seperti dewan sukan, ruang kerja, kedai kopi, dan hotel di sekitar Shougang Park, dan perkhidmatan ini juga akan digunakan secara rasmi oleh para atlit dan pegawai Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely nampaknya mempunyai sebuah lagi jenama EV yang disasarkan supaya dapat bersaing secara sihat…
Berita Global
Mungkin nampak sekali imbas macam sebuah van tradisional, namun Apollo RT6 mampu menawarkan…
Berita Global
Antara syarikat lain yang sudah memulakan operasi teksi swapandu di sana ialah Didi Chuxing. Pada…