Jiyue 01 2024 - SUV elektrik hasil kerjasama Geely, Baidu untuk lawan Tesla Model Y

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sah kalau kita bercerita berkenaan pasaran automotif China tapi tidak menyentuh tentang kehadiran sebuah lagi jenama baharu - ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely nampaknya mempunyai sebuah lagi jenama EV yang disasarkan supaya dapat bersaing secara sihat dengan Tesla, iaitu Jiyue.

Jiyue yang dijenamakan semula daripada Jidu itu merupakan projek kerjasama antara Geely dengan gergasi enjin pencarian Baidu (atau lebih dikenali sebagai Google China).
 

jiyue


Model pertama yang dilancarkan ialah Jiyue 01, sebuah crossover berkuasa elektrik dengan dimensi yang lebih besar berbanding Tesla Model Y.

Terdapat beberapa varian yang ditawarkan untuk pasaran China dengan harga jualan bermula dari 249,900 yuan (RM162,285).

Versi asas 01 Max didatangkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 268 hp dan daya kilas 343 Nm, dengan kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat.
 

jiyue


Pek bateri LFP berkapasiti 71.4 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 550 km untuk sekali cas penuh.

Pembeli boleh menaiktaraf kepada bateri ternary lithium 100 kWh dengan kos tambahan 45,000 yuan (RM29,223), di mana jarak gerak 01 Max itu tadi boleh digandakan kepada 720 km untuk sekali cas penuh, dan pecutan 0-100 km/j dpendekkan kepada 6.9 saat.
 

jiyue


Varian yang paling berkuasa 01 Max Performance pula dibekalkan dengan dua motor elektrik berkuasa 536 hp dan 686 Nm, pecutan 0-100 km/j sepantas 3.8 saat dan jarak gerak sejauh 660 km (pek bateri 100 kWh).

Pesaing Tesla Model Y itu menampilkan ciri seperti pintu dengan rekaan tingkap tanpa bingkai, tiada pemegang pintu luaran, sistem spoiler aktif, serta rekaan lampu belakang yang mengingatkan kita kepada model Chery.
 

jiyue


Ruang kabin pula mendapat ciri skrin lebar bersaiz 35.6 inci dengan paparan resolusi 6K yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8295, dan sistem interaksi suara SIMO yang dapat mengawal kesemua fungsi di dalam kereta.

Berdasarkan gambar yang dibekalkan, skrin paparan lebar tersebut boleh menyokong permainan video perlumbaan yang boleh dikawal menggunakan roda stereng dan alat kawalan permainan tradisional.
 

jiyue


Baidu juga telah membangunkan dua pakej autonomi yang berbeza untuk Jiyue 01, iaitu ROBO Drive  yang datang standard untuk semua model, dan ROBO Drive Max (tambahan kos 49,900 yuan atau RM32,405).

Pakej tersebut menggunakan khidmat dua cip Orin-X, tujuh unit kamera 8 megapiksel, empat kamera 3 MP, 12 radar ultrabunyi, dan radar gelombang 5 mm.

Sumber: Car News China