Baidu jalin kerjasama dengan Geely, Toyota - bangunkan teknologi kepintaran buatan (AI)

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengendali enjin carian popular di China, Baidu dilaporkan bekerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Group dan Toyota Motor Corp, menurut laporan daripada Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama antara tiga pihak ini akan memperlihatkan usahasama dalam membangunkan aspek yang berkaitan dengan kepintaran buatan (artificial intelligence) dalam kenderaan swapandu. 

Baidu akan membekalkan sistem perisian pemanduan kendiri untuk bas yang dinamakan sebagai Apollo Minibus kepada e-Pallete milik Toyota. 

Selain daripada itu, kedua-dua syarikat itu akan meneroka penggunaan teknologi kenderaan swa-pandu yang lebih mendalam pada masa akan datang. 
 


Manakala dengan Geely pula, Baidu akan bekerjasama di dalam aplikasi AI itu sendiri, seperti sambungan pintar dan juga mobiliti pintar. 

China kini merupakan antara negara yang mendahului dan mempelopori teknologi automasi bagi meberikan saingan kepada pemain-pemain global seperti Waymo. 

Namun, menurut pakar sistem pemanduan sendiri yang dibangunkan pada ketika ini adalah jauh daripada sempurna dan memerlukan masa beberapa tahun sebelum ia benar-benar bersedia untuk pasaran. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely nampaknya mempunyai sebuah lagi jenama EV yang disasarkan supaya dapat bersaing secara sihat…
Berita Global
Mungkin nampak sekali imbas macam sebuah van tradisional, namun Apollo RT6 mampu menawarkan…
Berita Global
Antara syarikat lain yang sudah memulakan operasi teksi swapandu di sana ialah Didi Chuxing. Pada…