Baby Defender bakal hadir menjelang 2022 - enjin tiga silinder, pacuan roda depan?

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover yang sinonim dengan produk Defender itu kini dikatakan mempunyai beberapa buah model baharu di mana salah sebuah daripadanya merupakan Defender yang lebih kecil, atau lebih mesra dengan nama 'Baby Defender'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menuru laporan daripada WhatCar, model baharu yang diposisikan di bawah Defender itu bakal hadir menjelang tahun 2022.

Antara ciri yang bakal didatangkan pada 'Baby Defender' itu adalah enjin bersesaran lebih kecil, iaitu nadi tiga silinder sebaris 1.5 liter yang memacu roda hadapan (2WD), versi plug-in hybrid (PHEV) serta varian pacuan empat roda.

 


Menurut laporan terdahulu, model Defender yang kecil ini akan dibangunkan berdasarkan platform modular aluminium dengan penawaran dimensi yang lebih kompak dan mampu milik berbanding Defender saiz penuh.

Harus diingat, Land Rover Defender generasi baharu itu mempunyai tanda harga bermula dari £40,000 (RM217 ribu), jadi SUV 'Baby Defender' itu dijangkakan mempunyai harga bermula dari £25,000 (RM135 ribu).

Lebih mampu milik, tak begitu?


Setakat ini nama rasmi untuk model baharu ini tidak diketahui, selain daripada ura-ura yang menamakannya sebagai Land Rover Defender 80 atau Land Rover 80.

Namun, WhatCar memberikan pandangan sebuah nama baharu bakal digunakan dan berkemungkinan besar akan digunakan sebagai sebuah sub-jenama untuk model-model Land Rover yang lebih mampu milik pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…