Aveta Ranger 110 - motosikal unik dan berbeza

oleh SALINA JALIL|
Aveta Global Marketing Sdn Bhd (Aveta), melancarkan model terbaharunya, Aveta Ranger 110 ke pasaran tempatan.

Model ketiga dari Aveta Global Marketing itu dijual pada harga atas jalan termasuk insurans RM3,546.10.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Model motosikal yang unik dan berbeza ini telah pun mula diedarkan kira-kira 70 wakil jualan di seluruh negara.

 

Aveta Ranger 110 dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD di kilangnya di Setia Alam selain dua model lain iaitu DY90 dan RX110 juga turut dipasang di kilang sama.

 

Model terbabit menggunakan spesifikasi enjin empat lejang satu silinder yang bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar.

 

aveta ranger 2

 

Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 7.8 kuasa kuda (hp) atau 6.5kW pada 7,500 rpm dengan tork maksimum 9Nm pada 5,500 rpm.

 

Aveta Ranger 110 menggunakan pemacuan rantai dengan empat kelajuan di samping kapasiti tangki 3.5 liter.

 

Aveta Ranger 110 menggunakan saiz tayar 2.25 – 17 (depan) dan 2.50 – 17 (belakang) digabungkan dengan sistem brek drum depan dan belakang.

 

Ujian tunggangan telah dilakukan terhadap Aveta Ranger 110 dan dipercayai telah memenuhi spesifikasi kenderaan cekap tenaga.

 

Selain dari model Aveta Ranger 110, Aveta Global Marketing dipercayai sedang menguji beberapa model baharu lagi untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan yang dijangka diperkenalkan tahun 2021.

 

Ketika ini masih belum dapat dipastikan model dan kapasiti motosikal yang akan diperkenalkan kerana ia masih di peringkat akhir bagi pengkelasan.

 

Model berkenaan didatangkan dengan sistem penghidup elektrik dan enjutan dengan sistem pencucuh CDI, manakala dimensi Aveta Ranger 110 ialah 1850 mm x 660 mm x 1070 mm.

 

 

 

Laporan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…