Auto Bavaria i-Service - servis kereta BMW di depan rumah anda!

oleh Mohamad Hanif|
Auto Bavaria selaku pengedar jenama mewah BMW di Malaysia melancarkan perkhidmatan khusus untuk para pemilik BMW dinamakan sebagai i-Service.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

i-Service merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya yang menawarkan khidmat servis di depan pintu rumah pemilik dan boleh ditempah menerusi aplikasi mudah alih yang disediakan oleh Auto Bavaria. 

Selain daripada fungsi tempahan, aplikasi mudah alih ini juga membolehkan pemilik untuk menyemak sejarah, status servis serta membuat bayaran dengan mudah. 
 


Terdapat juga fungsi 'track and chat' di mana pemilik boleh mengetahui lokasi kenderaan i-Service seterusnya berkomunikasi dengan juruteknik untuk mengetahui status semasa. 

Malah, para pelanggan turut diberikan kelonggaran untuk menetapkan lokasi di dalam radius 40 kilometer daripada pusat pengedar Auto Bavaria yang terdekat - baik di rumah ataupun di pejabat. 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan i-Service termasuklah program servis berkala, penukaran minyak hitam, pad brek, menukar tayar serta penjajaran tayar, dan penggantian bateri. 
 


Setiap kenderaan i-Service dilengkapkan dengan kelengkapan terkini dan dikendalikan oleh juruteknik yang bertauliah, serta hanya menggunakan alat ganti tulen sahaja untuk memastikan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti. 

Buat masa ini, Auto Bavaria i-Service akan mula beroperasi di tiga kawasan utama di sekitar Lembah Klang dan bakal memperluaskan perkhidmatan ini dalam masa terdekat. 

Perkhidmatan i-Service beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum, bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi sehingga 12 tengah hari (Sabtu). 
 


Untuk maklumat lanjut, sila layari autobavaria.com atau menghubungi Auto Bavaria Customer Care di 1300-133-338.

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…