Australia bakal guna nombor pendaftaran emoji bulan hadapan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang menetap di Australia, khususnya di negeri Queensland, anda boleh menempah nombor pendaftaran kustom yang turut dilengkapi dengan emoji bermula sekarang.

Pengumuman terbaharu ini dibuat oleh Personalized Plates Queensland, vendor rasmi nombor pendaftaran bagi negeri Queensland dan terdapat lima emoji yang boleh dipilih setakat ini. 

Manakala harga jualan pula bermula dari AUD $475 (RM1,385 mengikut kadar pertukaran matawang semasa). 

Bagi mereka yang berminat, boleh mencuba dengan sendiri penawaran nombor pendaftaran emoji ini menerusi laman rasmi PPQ.

Emoji Plates


Namun, hal ini menimbulkan kebimbangan di mana ia mampu mencetuskan kekeliruan kepada para pengguna dan juga pihak berkuasa. 

Menurut presiden Queensland Law Society, Bill Potts memberitahu Brisbane Times, "tujuan utama nombor pendaftaran adalah untuk memudahkan pihak polis mengecam identiti kenderaan.

"Bagaimana untuk menulis emoji pada nombor pendaftaran sekiranya berlaku kemalangan?" soal beliau. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…