Audi A3, sportback segak saingan A-Class dan 1 Series

oleh Muhammad Md Tajudin|
Persaingan bermula apabila tiga jenama premium dari Jerman mengeluarkan model masing-masing. Mercedes-Benz terlebih dahulu mengeluarkan A-Class baharu pada 2018, disusuli BMW 1 Series pada 2019 dan terbaru giliran Audi A3.

Audi menjadi Audi, reka bentuk A3 sarat dengan gayaan garis tajam, berkotak dan kelihatan segak.

A3 bukan sebuah model baharu, ia berada di pasaran sejak 1996 lagi dengan model terbaru mewakili generasi keempat.

Walaupun kekal dengan bentuk segi dan bergaris, pereka A3 bermain dengan lekuk dan alunan pada bahagian sisi. Ia membuatkan A3 mempunyai tarikan emosi yang kuat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Audi A3 Sportback

 

Bentuk lampu hadapan matrix LED tidak terus tirus bersegi dan tampil dengan bentuk L.

Lampu belakang juga sama, ada lekuk pada bahagian bawah supaya ada sesuatu yang segar untuk Audi.

Bahagian dalaman A3 terutama sekali papan pemuka tampil agresif dengan garisan tajam dan bentuk bersegi.

Corong penyaman udara pemandu unik pada kanan dan kiri perumah meter instrumen ala Lexus.

Seiring dengan perkembangan semasa ada dua skrin digital pada papan pemuka iaitu paparan meter dan multimedia.

 

Audi A3 Sportback

 

Dari segi ukuran, A3 Sportback dibuat 4.34 meter panjang dan 1.82 meter lebar (tidak termasuk cermin sisi) dan hanya tiga sentimeter lebih sedikit berbanding generasi sebelum.

Perbezaan itu memberi faedah ketara dengan lebih ruang siku pada bahagian depan serta belakang dan juga lebih ruang bahu pada bahagian belakang.

Tinggi pula sama seperti generasi sebelum iaitu 1.43 meter manakala jarak roda ialah 2.64 meter. Saiz ruang simpanan bagasi ialah dari 380 hingga 1,200 liter apabila kerusi dibaringkan.

 

Audi A3 Sportback

 

Di United Kingdom, model kompak premium ini ditawarkan dengan pilihan enjin pacuan roda depan. Enjin 1.5 TSFI manual 150 PS dan 2.0 TDI (diesel) 150 PS dengan S Tronic (klac berkembar).

Selepas dua pilihan, Audi akan memperkenalkan enjin 1.5 TFSI dengan sistem hibrid sederhana (MHEV) 48 volt.

Berkenaan harga, Audi A3 dijual dari £24,900 (RM134,038) untuk varian asas 35 TFSI manual Technik dan varian premium 35 TDI S tronic Vorsprung berharga £43,040 (RM231,688).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Pelancaran
Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo inline-4, ia mampu menjana kuasa setinggi 190 PS @ 6,000 rpm…
Berita Global
Ia bukan sahaja penuh dengan ilmuy yang bakal anda tanyakan kembali dalam forum FB, akan tetapi…