Audi A3 Sportback dan Saloon 2024 dengan enjin 1.0 liter! Manual dan S tronic

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi A3 Sportback 2024
Audi A3 Sportback 2024
Pada Mac lalu Careta melaporkan mengenai Audi A3 Sportback dan Saloon 2024 yang dipertingkatkan.

Kedua-duanya tampil bergaya dan Audi menawarkan varian 35 TFSI dengan enjin 1.5 liter mild hybrid yang menghasilkan 148 bhp.

A3 35 TDI pula digerakkan enjin 2.0 liter diesel dengan kuasa 148 bhp dan sama seperti 35 TFSI menggunakan kotak gear cekam berkembar S tronic. 

A3 35 TFSI turut ditawarkan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Kepada pelanggan di United Kingdom (UK), A3 mempunyai satu lagi pilihan iaitu enjin 1.0 liter!
Audi A3 Sportback 2024

 

Enjin tiga silinder yang berkuasa 116 ps dan tork 220Nm ditawarkan di dalam varian A3 30 TFSI dan menjadi model aras mula A3 di UK.

Enjin 1.0 liter turbo memang sudah ada di dalam Kumpulan Volkswagen dan turut menggerakkan A3 8Y dalam tempoh penawarannya sejak diperkenal pada 2020.

Seperti yang dimaklumkan di dalam artikel Seat Leon sebelum ini, enjin 1.0 liter turbo digugurkan dan hanya bermula dengan enjin 1.5 liter empat silinder.

Enjin 1.0 liter di dalam A3 30 TFSI boleh dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan atau tujuh kelajuan S tronic.

 

Audi A3 Sportback 2024

 

Bukan model kosong, pelanggan ditawarkan versi Sport atau S line yang tampil lebih sporti dan lengkap.

Penawaran terbaru ini adalah tambahan kepada enjin 1.5 liter petrol dan 2.0 liter diesel di dalam varian 35 TFSI dan 35 TDI yang masing-masing menghasilkan 150 ps.

Model TDI semestinya lebih bertenaga dengan daya kilas 360Nm berbanding 250Nm pada 1.5 TFSI.

Sama seperti 1.0 liter 30 TSFI, pelanggan 35 TFSI boleh mendapatkannya dengan kotak gear manual enam kelajuan atau S tronic.

 

Audi A3 Sportback 2024

 

Daripada sejumlah penawaran A3, watak hero dan heroin diberikan kepada S3 quattro Black Edition dan Vorsprung dengan kuasa 333 ps dan tork 420Nm.

Selepas penawaran terbaru ini, Audi akan menawarkan model 45 TFSI e plug-in hybrid.

Pengenalan Audi A3 30 TSFI dengan enjin 1.0 liter juga membolehkannya ditawarkan pada harga serendah 28,920 pound (RM172,140).

Model paling bertenaga dan premium iaitu S3 quattro Vorsprung Saloon pula berharga 52,965 pound (RM315,287).

 

Audi A3 Sportback 2024

 

Varian dan harga Audi A3 30 TFSI:

30 TFSI Sport manual

  • 116 ps, 220Nm
  • 0 - 100 km/j: 9.7 saat
  • Kelajuan tertinggi: 204 km/j (Sportback), 209 km/j (Saloon)
  • Harga: Sportback £28,920 (RM172,140), Saloon £29,485 (RM175,601)

30 TFSI Sport S tronic

  • 116 ps, 220Nm
  • 0 - 100 km/j: 9.9 saat
  • Kelajuan tertinggi: 204 km/j (Sportback), 209 km/j (Saloon)
  • Harga: Sportback £30,470 (RM181,493), Saloon £31,035 (RM184,886)

30 TFSI S line manual

  • 116 ps, 220Nm
  • 0 - 100 km/j: 9.7 saat
  • Kelajuan tertinggi: 204 km/j (Sportback), 209 km/j (Saloon)
  • Harga: Sportback £31,250 (RM186,130), Saloon £31,765 (RM189,197)

30 TFSI S line S tronic

  • 116 ps, 220Nm
  • 0 - 100 km/j: 9.9 saat
  • Kelajuan tertinggi: 204 km/j (Sportback), 209 km/j (Saloon)
  • Harga: Sportback £32,750 (RM195,144), Saloon £33,315 (RM198,511)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Nota: Gambar sebagai rujukan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…