Leon mewah dengan pilihan rangkaian kuasa seperti TSI (petrol), eTSI (mild hybrid), TDI (diesel) dan eHybrid (hibrid plug-in) dan perkara biasa untuk ahli Kumpulan Volkswagen.
LEON 2024 hanya ditawarkan dengan enjin empat silinder iaitu 1.5 TSI (petrol, mild hybrid, hibrid plug-in) dan 2.0 TDI (diesel).
Enjin 1.0 TSI tiga silinder digantikan enjin 1.5 TSI yang memiliki kuasa 115 ps dan 220Nm atau pertambahan 5 ps dan 20Nm dan dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan.
Pelanggan ditawarkan dua lagi pilihan enjin 1.5 liter iaitu mild hibrid (eTSI) dengan kuasa 115 ps atau 150 ps dan secara khusus menggunakan kotak gear DSG tujuh kelajuan.
Rangkaian kuasa eHybrid pula lebih bertenaga dengan kuasa 204 ps dan tork 350Nm.
eHybrid menggabungkan enjin 1.5 TSI 150 ps dengan motor elektrik 115 ps (85 kW) dan pek bateri 19.7 kWj.
Sebagai jentera hibrid plug-in, pemandu boleh menikmati perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga lebih 100 kilometer (km).
Model ini juga boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC sehingga 50 kW atau pengecas AC dengan kuasa 11kW.
Selain rangkaian kuasa yang disusun dan dipertingkat, SEAT menawarkan lampu LED matrik pada Leon hatchback.
Pada bahagian dalam, Leon dilengkapi kokpit digital 10.25 inci untuk pemandu dan skrin tengah lebih besar dengan saiz 10.4 inci dan pilihan 12.9 inci berbanding 8.25 inci sebelum ini.
Pengecas tanpa wayar mempunyai fungsi pengecasan pantas sehingga 15W dengan teknologi pendinginan (memaksimumkan penyingkiran haba).
Tidak perlu menunggu lama, Leon yang direka, dibangunkan dan dikeluarkan di Barcelona akan mula dipasang pada Mei 2024.
Penulis: Muhammad Md Tajudin