AAP menawarkan pembeli dengan pakej penyelenggaraan selama tiga tahun, sementara jaminan pengilang pula dilanjutkan dari dua kepada lima tahun.
Penawaran pakej ini merupakan bukti usaha berterusan Audi dalam menyediakan pengalaman pemilikan dan servis yang lebih baik kepada pelanggannya.
Sebagai info, Audi A3 Sedan dikuasakan oleh nadi 2.0 liter TFSI yang mampu menjana kuasa 190 PS dan 320 Nm, membawakan penampilan yang didominasi oleh struktur jeriji tunggal yang besar, ciri kokpit maya Audi, skrin paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10.1 inci serta perkhidmatan Audi connect plus secara standard.
Sementara crossover mewah Audi Q2 pula menampilkan nadi 1.4 liter TFSI yang mampu menghasilkan 150 PS dan 250 Nm, selain membawakan dinamik pemanduan yang mengkagumkan terima kasih kepada nisbah stereng boleh ubah serta bantuan stereng yang bergantung kepada kelajuan kenderaan.
Harga jualan Audi A3 Sedan bermula dari RM325,990 sementara Audi Q2 S Line pula dijual pada harga RM275,990.
Maklumat lanjut berkenaan Audi A3 Sedan dan Audi Q2 serba baharu beserta dengan Pakej Jaminan Audi bole didapati menerusi laman web https://www.audi.com.my/