Aston Martin Vantage, DBX jadi kereta keselamatan, perubatan rasmi sukan F1 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sejak daripada tahun 1996, Mercedes-Benz telah menjadi pembekal utama kenderaan keselamatan bagi sukan FIA Formula One World Championship, namun tradisi itu berubah untuk tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun nadi daripada Mercedes-AMG masih lagi menjadi tunjang utama, namun untuk tahun ini Aston Martin bertindak sebagai pembekal utama kereta keselamatan dan juga kereta perubatan dengan menggunakan Aston Martin Vantage dan Aston Martin DBX.

 


Ini merupakan kali pertama sebuah jentera mewah British diberikan penghormatan untuk menjadi pembekal kereta keselamatan dan kereta perubatan bagi F1.  

Kedua-dua kereta keselamatan dan perubatan ini dijana dengan nadi Mercedes-AMG M177, iaitu enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar di mana model Vantage menerima peningkatan kuasa kepada 528 hp/685 Nm, sementara SUV DBX pula berupaya menghasilkan 542 hp dan 700 Nm daya kilas.

 


Dari segi luaran, kedua-dua Vantage dan DBX ini dilayangkan warna Racing Green pasukan F1 Aston Martin, aksen Lime Green pada sesetengah tempat, serta penambahan ciri keselamatan seperti petunjuk FIA dan bar lampu LED pada bumbung.

Kereta keselamatan F1 ini akan dipandu oleh Bernd Mayländer dan bekas pelumba Richard Darker, sementara Alan van der Merwe dipertanggungjawabkan untuk membawa kereta perubatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya…