Kereta keselamatan F1 Aston Martin jana pendapatan bernilai RM367 juta

oleh Mohamad Hanif|
Bos besar Aston Martin, Lawrence Stroll memberikan bayangan mereka mungkin mendapat rangsangan bernilai $80 juta kesan daripada kemunculan kereta Aston Martin di dalam sukan Formula Satu.

Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya kami sedang mengalaminya: berlumba pada hari Ahad, jual pada hari Isnin."
 

aston martin


Jelasnya lagi, sejak Aston Martin bertindak sebagai pembekal kereta keselamatan sukan F1, jualan bagi model Aston Martin Vantage F1 Edition melonjak kepada 300 hingga 400 unit.

"Kedengarannya seperti angka yang kecil, namun untuk syarikat sebesar kami, ia satu pencapaian yang agak penting.
 

aston martin


Setiap satu Aston Martin Vantage F1 Edition dijual pada harga $200,000 (RM916,800), dan ini mencadangkan memperoleh nilai antara $60 juta hingga $80 juta jualan yang dikaitkan dengan kereta keselamatan mereka.

Untuk makluman, Aston Martin Vantage F1 Edition sudah pun mendarat di pasaran Malaysia pada bulan Mac yang lalu, dengan membawakan tanda harga bermula dari RM978,000.
 

vantage


Jentera ini dikuasakan oleh enjin bentangan V8 turbo berkembar dengan janaan kuasa setinggi 535 PS dan daya kilas 685 Nm.

Baca: Aston Martin Vantage F1 Edition 2023 di Malaysia

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian…
Berita Global
Dengan pelaburan tersebut, kumpulan automotif Geely kini menjadi pemegang saham ketiga terbesar…
Berita Global
  DBX707 ditugaskan untuk membawa kaki tangan perubatan ke lokasi insiden yang dilaksanakan oleh…