BMW XM jadi kereta keselamatan acara perlumbaan endurans di Mt Panorama

oleh Mohamad Hanif|
Hujung minggu yang lepas berlangsungnya acara perlumbaan endurans Repco Bathurst 12 Hour bertempat di Litar Mount Panorama yang sangat terkenal itu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu pada kereta keselamatan yang digunakan, iaitu sebuah BMW XM.
 

XM


Menurut laporan Carscoops, penganjur acara perlumbaan tersebut baharu saja menandatangani perjanjian berbilang tahun dengan divisyen BMW M untuk menggunakan kenderaan sub-jenama prestasi tinggi itu sebagai kereta rasmi atas litar.

BMW XM ini telah menampilkan wrap warna dua tona matte black di hadapan yang berubah menjadi warna emas pada bahagian belakang.
 

XM


Selain daripada pelekat perkataan SAFETY CAR, kereta keselamatan BMW XM ini turut dilengkapi dengan bar lampu mata arah pada bahagian bumbung.

Menurut pengurus besar pemasaran BMW Australia, Alex McLean menjelaskan BMW XM itu bukan sahaja digunakan sebagai kereta rasmi di atas litar, ia juga turut digunakan sebagai kenderaan untuk membawa tetamu penting daripada bahagian dasar Mount Panorama ke puncak, membolehkan mereka menikmati aksi perlumbaan yang menarik.

BMW XM ini dikuasakan oleh nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang dibantu dengan motor elektrik dan sistem pacuan semua roda, dengan kuasa mencecah 644 hp dan daya kilas 800 Nm.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Secara standard, XM 2023 dikuasakan oleh enjin S68 V8 4.4 liter TwinPower Turbo dengan sistem BMW M…
Berita Global
Secara standard, BMW XM mendapat nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang mampu menjana…
Pelancaran
Selepas hampir 5 bulan, BMW Malaysia telah mendedahkan rupa dan spesifikasi penuh BMW XM untuk…