Aspar Team pilih Albert Arenas, apa jadi dengan Hafizh Syahrin?

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Hafizh Syahrin Abdullah, Aspar Team melengkapkan barisan pelumbanya bagi saingan Moto2 musim depan hari ini, sekali gus mengundang persoalan mengenai hala tuju ikon permotoran dua roda negara itu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pendahulu kelas Moto3 2020, Albert Arenas diangkat pasukan berkenaan ke kelas Moto2 musim depan bersama rakan senegaranya, Aron Canet selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila meraih tiga kemenangan di Grand Prix (GP) Qatar, Sepanyol dan Austria tahun ini.

Ketika hampir keseluruhan pasukan Moto2 sudah mengumumkan barisan pelumba mereka, kedudukan Hafizh untuk kempen Kejuaraan Motosikal Dunia 2021 tampak tipis, namun Hafizh kekal tenang dan hanya mahu memberikan tumpuan penuh terhadap lima baki pusingan musim ini.

"Ya, pasukan sudah menandatangani dia (Arenas). Buat masa ini, saya tidak memikirkan lagi ke mana," kata Hafizh yang pernah menyertai kelas perdana MotoGP selama dua tahun ketika ditanya mengenai hala tujunya musim depan.

"Buat sementara ini, saya hanya mahu memberi tumpuan untuk menamatkan lima baki pusingan ini dulu."

Hafizh yang kembali beraksi dalam kelas Moto2 musim ini selepas beraksi dalam kelas MotoGP pada 2018 dan 2019 ketika ini berada di tangga ke-19 dengan 18 mata dan dijadual mengharungi saingan GP Aragon, hujung minggu ini.

Pencapaian terbaik Hafizh musim ini adalah di GP Sepanyol, Julai lalu apabila menemui garisan penamat di tempat keenam.

Seandainya tiada lagi kelibat Hafizh dalam saingan Moto2 musim depan, ini bakal menyaksikan hanya ada satu wakil pelumba negara pada saingan pertengahan itu bagi kempen 2021 iaitu Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR SAG Team.

Kasma yang memasuki tahun pertamanya dalam kelas pertengahan itu mengikat kontrak selama tiga tahun bersama TKKR yang berkolaborasi dengan pasukan berpangkalan di Sepanyol, SAG sehingga 2022.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…