Aprilia Shiver 900 di Malaysia - dari RM72k sahaja!

oleh Mohamad Hanif|

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal jenama Aprilia di Malaysia melancarkan motosikal sports naked Aprilia Shiver 900 semalam.

Ia dikuasakan oleh enjin V-twin 90 darjah DOHC sejukan cecair bersesaran 896 cc menghasilkan 95.2 kuasa kuda dan 90 Nm daya kilas maksimum pada putaran enjin 6,000 rpm.

 

 

Kuasa daripada enjin tersebut dikawal oleh pendikit elektronik Ride-by-Wire dengan pilihan mod tunggangan Sport, Touring dan Rain.

Bagi memberhentikan motosikal ini dengan cemerlang, sistem brek berkembar 320 mm digunakan di bahagian hadapan, dan 240 mm di bahagian belakang.

Ia turut dibantu dengan ciri keselamatan seperti kawalan cengkaman dan ciri ABS dual-channel.

 

 

Menariknya, Shiver 900 ini hadir dengan skrin paparan jenis TFT berukuran 4.3 inci dengan sistem multimedia MIA yang menyediakan sambungan kepada telefon, muzik dan aplikasi navigasi. 

Rekaan tangki 15 liter yang serba agresif itu turut menyerlahkan lagi imej garang motosikal ini, di samping dua warna pilihan iaitu Challenging Red dan Innovation Dark. 

 

 

Didi Resources menawarkan harga jualan Shiver 900 yang bermula dari RM72,000 atas jalan tanpa insurans. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Sinar Harian itu juga memberitahu pihak polis akan mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap…
Berita Domestik
gambar hiasan Tiga remaja dan seorang kanak-kanak yang menunggang sebuah motosikal cedera selepas…
Hezeri Samsuri
Melanggar mereka punah, dilanggar mereka musnah. Menurut statistik terbaharu kemalangan jalan raya…