Apa terjadi pada bateri kenderaan EV? Ini solusi bijak dari Renault dan Powervault

oleh Muhammad Md Tajudin|
RENAULT AND POWERVAULT GIVE EV BATTERIES A “SECOND-LIFE” IN SMART ENERGY DEAL
RENAULT AND POWERVAULT GIVE EV BATTERIES A “SECOND-LIFE” IN SMART ENERGY DEAL
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam teknologi hijau dunia automotif, ada satu skeptism dan persoalan besar mengenainya - adakah ia benar-benar hijau? Biasa disebut-sebut jika dilihat secara keseluruhan dari awal hingga akhir jangka hayat komponen seperti bateri, ia bukanlah hijau mana pun.

Tetapi itu tidak menghalang gergasi automotif dunia dari meneruskan kajian dan memajukan industri ini. Sekurang-kurangnya pada masa sekarang, teknologi hibrid atau elektrik adalah alternatif paling sepadan dengan teknologi bahan api.

Satu kelemahan bahan api seperti diesel atau petrol ialah ia tidak boleh diganti.

Manakala satu kebaikan bateri atau tenaga elektrik ialah ia boleh diperbaharui. Contoh simplistik ialah, elektrik boleh dijana melalui empangan hidro, ladang solar mahu pun kincir angin.

Tidak perlu menjajah dan menakluk negara lain dan berkrisis sana sini untuk mendapatkan emas hitam seperti petrol dan diesel.

Bagaimana pula dengan bateri?

Renalt dan Powervault menawarkan penyelesaian ini. Guna semula bateri dalam kenderaan elektrik (EV) di rumah atau dalam kata lain, unit storan tenaga.

Kaedah itu dilihat dapat mengurangkan kos bateri pintar Powervault sehingga 30 peratus yang akhirnya membolehkan lebih ramai orang memiliki teknologi tersebut.

Powervault sebenarnya ialah sistem bateri domestik inovatif yang membolehkan pemilik rumah meningkatkan kebolehan penyimpanan dan penggunaan tenaga solar daripada panel solar pada rumah mereka. Selain daripada sumber pengecasan dari panel solar, Powervault juga boleh dicas menggunakan tenaga elektrik dari pembekal (TNB misalnya) dan lebih manis di luar waktu puncak pada tarif lebih rendah.

Sebagai permulaan, Powervault akan memasang 50 unit bateri dari Renault di kediaman yang sudah mempunyai panel solar.

Selain daripada harga belian yang lebih rendah, Renault juga dapat mengoptimumkan kitaran hidup bateri mereka sebelum ia dikitar semula sepenuhnya. 

Renault adalah peneraju kenderaan elektrik (EV) di Eropah. Bateri yang digunakan pada EV biasanya mempunyai jangka hayat dari lapan hingga sepuluh tahun. Sementara ia dikitar semula, bateri tersebut tidak kehilangan tenaga dan masih lagi mempunyai baki yang boleh digunakan pada aplikasi statik seperti di kediaman. 

Katanya bateri Renault yang digunakan untuk sistem rumah Powervault itu boleh bertahan sehingga lagi sepuluh tahun.

Bateri dari EV Renault dikeluarkan, dibuka dan digredkan sebelum Powervault membuat pakejing semula dalam pek bateri yang lebih kecil untuk kegunaan yang mereka perlukan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Symbioz tampil kemas dan bergaya tanpa ciri-ciri yang radikal. Lampu belakang juga tanpa bentuk…
Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…