Anthony Loke - Belum ada keputusan jadikan lesen B2 kepada B automatik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan (MOT) masih dalam kajian berhubung cadangan membenarkan pemegang lesen motosikal kelas B2 dinaik taraf kepada B secara automatik menurut laporan dari Berita Harian.

Menteri, Anthony Loke, berkata cadangan itu masih di peringkat perbincangan di peringkat MOT kerana terdapat pelbagai pandangan mengenainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Keputusan belum dibuat. Memang ada kajian dilakukan tapi ia masih di peringkat perbincangan lanjut kerana lesen B ini untuk motosikal berkuasa besar.

"MOT perlu melihat sejauh mana mereka yang mempunyai lesen kelas B2 ini mampu untuk membawa motosikal berkuasa besar, jadi itu juga menimbulkan kebimbangan daripada pelbagai pihak," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Menteri Pengangkutan di Dewan Yayasan ECM Libra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul di Seremban pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tahun lalu berhubung cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada MOT untuk diteliti terlebih dahulu.

Ahmad Zahid seperti dilaporkan media berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengesa cadangan itu diteliti sedalam-dalamnya terlebih dulu kerana ia boleh menimbulkan implikasi kepada sistem keselamatan jalan raya negara ini.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar, sebelum ini berkata langkah itu boleh menyebabkan sistem pengambilan lesen kenderaan di negara ini dilihat mundur kerana ia membabitkan kompetensi seseorang penunggang.

Loke berkata MOT ketika ini membantu pelajar memandu dengan menggabungkan ujian teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP Test) 01 untuk lesen B2 dan D.

Menurutnya, mana-mana individu yang telah mengambil lesen motosikal, mereka tidak perlu lagi mengulangi ujian itu untuk lesen D (kereta).

"Perkara ini telah digabungkan. Ini memudahkan pelajar-pelajar kerana mereka tidak perlu ulang KPP 01 untuk teori," katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihaknya sedang mengambil tindakan berhubung cadangan pembinaan Pelabuhan Port Dickson.

- kalau difikir secara logik, sememangnya tidak patut dilaksanakan cadangan ini kerana implikasinya lebih memudaratkan pengguna jalan raya yang lain -

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti pelbagai mekanisme terbaik sebelum perkara itu…
Berita Domestik
Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan…
Berita Global
Bertempat di EICMA tahun ini, Kymco turut memperlihatkan sebuah model skuter baharu yang sangat…