Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak berkuasa terbabit sebelum dimuktamadkan.
Antara syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan ialah mengambil kira individu berumur 35 tahun ke atas dan tempoh memiliki lesen kenderaan.
“Apa yang kami bincangkan ada tempoh tertentu. Pertama dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas.
“Kedua, memegang lesen B2 untuk satu tempoh tertentu, baru lah layak untuk mendapat lesen B.
“Jadi dalam perkara ini kita akan muktamadkan dalam mesyuarat terperinci yang diadakan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang turut sama hadir dalam Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia berkata, agensi di bawah kementeriannya seperti JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) agak keberatan untuk melaksanakan cadangan tersebut.
Jelasnya, ini kerana kebimbangan tersebut mengambil kira implikasi keselamatan terhadap pengguna jalan raya.
Berita penuh: Astro Awani