Angin kencang 'alihkan' pesawat American Airlines di parkir

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.

Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth dan kawasan sekitarnya.

 

American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa pesawat mereka yang berada di pakir landasan lapangan terbang terjejas akibat angin kencang.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua pesawat berkenaan dalam keadaan kosong.

Pasukan penyelenggaraan American Airlines sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan akan membuat segala pembaikan yang diperlukan.

Video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai…
Informasi
  Kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu berlaku ketika feri tersebut membawa muatan…
Berita Domestik
  "Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju…