Bumbung tumbang akibat angin kencang, kedai jual kereta terpakai rugi RM2 juta

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sebuah kedai menjual kenderaan terpakai mengalami kerugian bernilai RM2 juta apabila 20 buah kenderaan rosak dihempap bumbung yang runtuh akibat angin kencang di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi di sini hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai. 

Seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama lapan pekerja berada di dalam pejabat, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Apabila saya keluar saya lihat bumbung telah runtuh dan saya lihat angin berpusing serta hujan lebat.
 

kosmo


“Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Bohari, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai ini dibuka awal tahun 90-an.

Ujarnya, ketika kejadian terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kereta mewah jenis BMW, Audi serta Mazda.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai.

Sumber: KOSMO! ONLINE