Bot-bot nelayan bantu feri RORO hanyut ditiup angin kencang di Kuala Perlis

oleh SALINA JALIL|
Sebuah feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) terkandas kira-kira 30 minit di kawasan belukar muara Sungai Perlis selepas hanyut ditiup angin kencang di Kuala Perlis pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu berlaku ketika feri tersebut membawa muatan penumpang dan kenderaan pelbagai jenis dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis.

 

Menurut seorang penumpang, Johari Omar, 56, ketika kejadian, feri berkenaan sedang menunggu giliran untuk merapat dan berlabuh di Terminal Feri Kuala Perlis.

 

“Feri yang dinaiki kami bergerak ke kanan, namun mula hanyut selepas ditiup angin kencang sehingga menyeberangi muara sungai dan terkandas hampir 30 minit.

 

“Perasaan saya ketika itu agak risau kerana memikirkan mungkin akan terkandas dalam tempoh berjam-jam sekiranya air surut tetapi bernasib baik kerana diselamatkan bot nelayan,” katanya lagi.

 

Katanya, penumpang di dalam feri agak panik, namun keadaan terkawal dan tiada penumpang tercedera atau kerosakan pada kenderaan dibawa feri berkenaan.

 

Sementara itu, seorang nelayan, Rostam, Ariffin, 54, berkata, sebaik menyedari perkara itu, sepupunya Zamri Zainol bergegas menghidupkan bot nelayan bagi membantu menunda feri itu keluar dari kawasan terkandas.

 

“Angin Monsun Barat Daya bertiup sangat kencang sehingga menghanyutkan feri kira-kira 400 meter dari labuhan ke seberang muara sungai.

 

“Bot nelayan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk mengalih kedudukan feri sehingga ia dapat berlayar semula sebelum air surut,” jelasnya.

 

Tambahnya, feri tersebut terkandas di kawasan Pulau Ketam berdekatan pelantar ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan bernasib baik tidak merempuh bot-bot nelayan lain yang berada di sekitar kawasan tersebut.

 

Dalam pada itu, seorang lagi nelayan dikenali sebagai Awi berkata, usaha menyelamat tersebut mengakibatkan kerosakan pada enjin bot nelayan.

 

 

- Alhamdulillah tiada insiden kehilangan nyawa berlaku. Jutaan terima kasih kepada nelayan-nelayan yang telah membantu, semoga kalian diberi ganjaran dunia dan akhirat -

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, kawasan itu sudah terdapat dua pemecah ombak di kawasan berkenaan dan ia akan…
Berita Domestik
  Katanya, anggota menahan motosikal Yamaha 150 ZR ditunggang suspek berusia 22 tahun, namun dia…
Berita Domestik
  Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Ramli, berkata KM GEMIA sebelum itu…