Anda kini boleh pandu uji kereta Mitsubishi tanpa kehadiran jurujual, hanya di Lembah Klang

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan pilihan kepada para pelanggan di sekitar Lembah Klang untuk memandu uji mana-mana kereta baharu Mitsubishi tanpa kehadiran jurujual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan satu langkah yang menarik, apatah lagi Lembah Klang kekal menjadi lokasi permintaan yang tinggi bagi model-model trak pikap Triton Athlete dan XPANDER.

Namun disebabkan kes COVID-19 yang masih lagi aktif, MMM menawarkan opsyen untuk menikmati sesi pandu uji dengan atau tanpa kehadiran jurujual.

Menerusi program ini, pelanggan hanya perlu melayari laman web MMM di https://www.mitsubishi-motors.com.my/testdrive2u dan menghantar permohonan pandu uji.

Petugas Mitsubishi Motors kemudian akan menghubungi pelanggan untuk pengesahan temu janji dan membuat penghantaran kenderaan pandu uji ke tempat yang dipilih oleh pelanggan.

Sebelum unit pandu uji diserahkan kepada pelanggan untuk tempoh satu jam, petugas Mitsubishi Motors akan melakukan proses sanitasi selain membekalkan informasi berkaitan produk.

Menurut Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "ketika negara kini sedang menuju ke arah era endemik, kehidupan dengan COVID-19 dan SOP merupakan cabaran norma baharu yang terpaksa kita lalui.

"Sebagai sebuah syarikat, kami perlu mengubah cara untuk memastikan para pelanggan kami kekal selamat, dan dengan pilihan pandu uji terbaharu ini ia mampu menawarkan pengalaman pembelian yang lebih menenangkan minda.

"Menerusi platform Mitsubishi Online Showroom, pelanggan kini boleh mendapatkan informasi berkenaan kenderaan Mitsubishi, dan mereka hanya perlu mengisi borang untuk membuat temujanji dengan pengedar sah kami. Daripada situ, kami akan mengendalikan segala proses sehinggalah kepada membuat penghantaran kenderaan baharu terus ke depan pintu rumah," ujarnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…