PANDU UJI : HONDA CR-V 1.5L V-SPEC 2024 - SUV LEBIH MODEN, LEBIH SEGAR

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, kami diberi peluang untuk memandu uji sebuah SUV terbaharu Honda iaitu Honda CRV generasi yang keenam dalam satu sesi media drive kami ke Pulau Pinang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV Honda di Malaysia dan diantara SUV paling banyak serta popular atas jalan raya Malaysia.

 

crv

 

Sejak model ini dilancarkan pada Disember tahun lalu, model ini sudah menerima 6500 unit tempahan dan hampir 48 peratus pelanggan memilih varian V-Spec.

Kalau bercakap mengenai model generasi terbaharu, pasti banyak perkara dan faktor yang telah diperbaharui, jadi apakah yang baharu pada model ini?

 

crv

 

Baiklah, secara asasnya, model CRV generasi baharu ini menawarkan pilihan varian iaitu S,E dan V-Spec serta RS e:HEV, jadi biar kami ceritakan untuk varian V terlebih dahulu, laman seterusnya baru kami ceritakan mengenai varian RS.

Berikut kami kongsikan apa yang baharu pada model Honda CRV V-Spec 2024 generasi keenam;

 

  1. Reka bentuk

Dari segi reka bentuk luaran, sudah pasti yang jelas terlihat adalah pada bahagian grill hadapan dengan rekaan baharu dan segar berserta logo ‘Honda’ yang gelap.

 

crv

 

Selain itu, rekaan bentuk bampar hadapan turut diberi sentuhan baharu dan spoiler berwarna hitam matte yang memberi reka bentuk yang lebih segar serta moden pada model generasi terbaharu ini.

Tambahan itu, pada varian V-Spec ini, rekaan luaran pada cermin sisi diberi dengan warna mengikut warna kereta serta rim bersaiz 18 inci dengan warna perak.

 

  1. Kabin

Untuk ruang kabin dalaman pula, SUV terbaharu ini mempunyai trim yang bercorak seperti kayu serta paparan infotainment bersaiz sembilan inci yang disokong oleh Apple CarPlay dan Android Auto.

 

crv

 

Bagi paparan pemandu, ia mempunyai klustermeter bersaiz tujuh inci yang memberi informasi penting kepada pemandu dengan lebih jelas dan teratur untuk pemanduan lancar.

Ia turut menampilkan sistem bunyi lapan audio speaker yang pasti akan memberi bunyi dalam kabin yang lebih nyaman dan tenang.

 

  1. Trenkuasa

Untuk trenkuasa, Honda CRV terbaharu ini menampilkan enjin 1.5 liter Vtec Turbo yang mampu menjana kuasa output sehingga 193ps dan 243Nm tork.

 

crv

 

Ia turut menggunakan pacuan semua roda yang dipadankan dengan transmisi kotak gear CVT dan juga dua mod pemanduan iaitu ECON dan NORMAL.

Dengan penampilan trenkuasa tersebut, ia bakal menjadikan sebuah pemanduan itu lebih menarik tidak kira dimana jua kawasan yang dilalui oleh Honda CRV generasi terbaharu ini.

 

  1. Ciri keselamatan

Bagi ciri keselamatan, Honda CRV terbaharu ini hadir dengan beberapa ciri sistem keselamatan terkini seperti berikut;

  • Multi View Camera System (360 Camera)
  • Reverse Auto Tilt Mirror
  • Honda LaneWatch Camera (LWC)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification System
  • Honda CONNECT (Safety, Security, Convenience)
  • Driver Attention Monitor
  • Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Security Alarm with Immobiliser

 

Dengan kehadiran sistem dan ciri keselamatan tersebut, ia pasti memberi sebuah pemanduan yang lebih selamat dan menenangkan pemandu serta penumpang untuk Honda CRV ini.

 

crv

 

Untuk tawaran harga jualan bagi model Honda CRV generasi terbaharu V-Spec ini adalah dari RM 181,900.

Manakala harga jualan untuk varian yang lain adalah seperti berikut;

  • 1.5 liter S-Spec - RM159,900
  • 1.5 liter E-Spec - RM169,900
  • 2.0 liter e:HEV RS - RM195,900

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…