ANA rancang kurangkan 20 peratus pekerja dalam tempoh lima tahun

oleh Mohamad Hanif|
ANA Holdings Inc merancang untuk mengurangkan lagi kekuatan tenaga pekerja di dalam perniagaan aviasi sebanyak 20 peratus menjelang tempoh lima tahun akan datang bagi mengurangkan kos serta kerugian akibat COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat induk kepada penyedia penerbangan All Nippon Airways Co itu menjangkakan jumlah pekerja akan menurun kepada 30,000 orang menjelang Mac 2026 daripada angka 38,000 orang yang dijangkakan pada akhir Mac ini.

Ini merupakan langkah terbaharu yang diambil oleh syarikat penerbangan utama Jepun itu bagi mengurangkan kos 100 billion yen untuk tempoh lima tahun.

ANA Holdings turut meramalkan kerugian bersih sebanyak 510 billion yen untuk tahun perniagaan berakhir Mac ini, disebabkan penurunan permintaan terhadap penerbangan, dan disebabkan wabak COVID-19 yang masih lagi belum reda.

Selain mengurangkan bilangan pekerja, ANA juga telah memulakan beberapa langkah penjimatan kos seperti membatalkan penerbangan domestik dan antarabangsa, serta mengurangkan fleet pesawat termasuklah Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan jarak jauh.

Secara purata, ANA menerima kehadiran graduan baharu sebanyak 3,000 orang setiap tahun, namun untuk tahun fiskal 2021 bermula April ini, hanya 700 orang sahaja yang akan diterima masih, dan 200 orang untuk tahun fiskal 2022.

Selain daripada perniagaan penerbangan, ANA juga turut menjalankan perniagaan berkaitan dengan IT dan hartanah.


Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Melihatkan kepada keadaan tersebut, syarikat All Nippon Airways Co. (ANA) membuat keputusan untuk…
Berita Global
Langkah terbaharu yang dibuat oleh ANA itu merupakan satu perkara yang jarang sekali didengar di…
Berita Global
  ANA, yang memiliki tenaga pekerja seramai 43,500 pada tahun lalu, merancang untuk mencapai…