Syarikat penerbangan ANA cadang hentikan 3,500 pekerja dalam masa 3 tahun

oleh SALINA JALIL|
Laporan dari Yomiuri melaporkan bahawa syarikat penerbangan ANA Holdings Inc 9202.T merancang untuk mengurangkan kira-kira 3,500 tenaga pekerja dalam tempuh tiga tahun kerana syarikat pengendali penerbangan terbesar di Jepun itu menghadapi kerugian tahunan terbesar disebabkan permintaan yang rendah akibat pandemik COVID-19.


Satu pelan perancangan penstrukturan semula perniagaan ANA yang lebih luas yang akan diumumkan pada hari Selasa ini dalam usaha mengurangkan kos syarikat memandangkan jumlah permintaan di jangka semakin menurun, menurut laporan Yomiuri pada pagi ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

ANA, yang memiliki tenaga pekerja seramai 43,500 pada tahun lalu, merancang untuk mencapai sasaran pemotongan pekerjaan pada tahun yang berakhir pada bulan Mac 2023 melalui program penempatan dan pembekuan pengambilan pekerja.

 


Wakil ANA tidak dapat dihubungi pada waktu ini.

 


Sebagai langkah jangka pendek, ANA sedang mempertimbangkan pelan jangka pendek untuk menyalurkan tenaga pekerja mereka (untuk sementara waktu) ke beberapa firma lain termasuk Toyota Motor Corp 7203.T serta menjual 30 buah pesawat yang tidak mempunyai kecekapan bahan bakar yang rendah dan kos penyelenggaraan yang tinggi, kata laporan Yomiuri .

 


Kerugian bersih syarikat setakat ini dianggarkan sekitar 500 billion yen (RM19,853,397,050.00) untuk tahun ini hingga bulan Mac. ANA yang telah mengambil pinjaman berbilion dolar dari kerajaan Jepun untuk mengadakan kempen pelancongan sebelum mengalami kemerosotan perjalanan udara akibat Korona virus.
 

 

Selain itu, saingan syarikat penerbangan tempatan ANA iaitu Japan Airlines Co 9201.T, juga dijangka melaporkan kerugian operasi sekitar 85 bilion yen (RM3,375,077,498.50)  untuk suku pertama Julai-September.

 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MOT melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), telah tambah baik Kod Perlindungan Pengguna…
Informasi
“Syarikat-syarikat teknologi tidak memiliki empati. Semasa kami berhadapan dengan COVID-19, mereka…
Informasi
Beliau tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan lebih-…