ANA tawar pakej perkahwinan dalam kapal terbang Boeing 777

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan pandemik, tidak banyak trip yang boleh dilakukan oleh syarikat penerbangan menjadikan lebih banyak kapal terbang terpaksa menghabiskan masa di atas tanah berbanding terbang di udara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada keadaan tersebut, syarikat All Nippon Airways Co. (ANA) membuat keputusan untuk menawarkan pakej perkahwinan di dalam pesawat penumpang Boeing B-777 yang terletak di Lapangan Terbang Haneda.

Program yang dilancarkan bermula lewat Mei sehingga 13 Jun itu sehingga kini telah menarik tujuh pasangan untuk mengadakan majlis keraian di atas kapal terbang tersebut.

Ketika upacara berlangsung, ANA akan memainkan muzik secara langsung yang diselangi dengan pengumuman ucapan tahniah oleh kru penerbangan, serta pencahayaan khas yang memaparkan imej galaksi pada siling kabin.

Menurut ANA, kos untuk mengadakan majlis tersebut adalah bernilai ¥1.56 juta (RM58,814) manakala kombinasi majllis resepsi beserta jamuan di bangunan terminal pula memakan belanja sekitar ¥3 juta (RM113,103).

Bulan Mei dan Jun merupakan antara bulan yang paling sibuk dengan penganjuran kenduri kahwin di kalangan masyarakat Jepun, dan apa yang ditawarkan oleh ANA merupakan satu peluang bagi pasangan yang tetap mahu mengadakan majlis tanpa kehadiran orang ramai.

Pada tarikh 23 Mei, majlis perkahwinan dalam pesawat pertama diadakan di kabin kelas perniagaan oleh pasangan Tokyo, Toru dan Mami Murakami yang dihadiri oleh juruterbang, pramugari serta 30 orang yang dijemput khas.

Sumber: Japan Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat induk kepada penyedia penerbangan All Nippon Airways Co itu menjangkakan jumlah pekerja…
Berita Global
Langkah terbaharu yang dibuat oleh ANA itu merupakan satu perkara yang jarang sekali didengar di…