AMG MB 100 D - van diesel pertama talaan AMG!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada nombor-nombor ikonik 35, 45, 43, 53, dan 63 yang digunakan pada jentera pantas AMG masa kini, penala tersebut pernah hadir dengan sebuah produk van pantas?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukan sebarangan model, malah boleh dikatakan van MB 100 D tahun 1989 itu merupakan van yang pertama ditala oleh AMG berkuasa diesel dan mampu membawa sembilan orang pada satu-satu masa!
 


Bermula daripada model asas MB 100 D, AMG menala kedua-dua varian enjin diesel yang didatangkan iaitu 2.4 liter dan 3.0 liter supaya mampu menjana 98 kuasa kuda dan 127 kuasa kuda, terima kasih kepada penggunaan turbo sekuential baharu. 

Hasilnya, van ini mampu memecut sehingga kelajuan tertinggi 160 km/j!
 


Ruang kabin van MB 100 D ini dipasang dengan sembilan tempat duduk yang dibaluti dengan bahan Alcantara serta sebuah meja boleh dilipat dan dibaluti dengan bahan yang serupa. 

Untuk tujuan hiburan, van ini turut didatangkan dengan sistem audio premium, sistem video serta sistem telefon terbina dalam!

Dari segi luaran pula, AMG MB 100 D ini menerima layangan warna dua tona pearlescent grey atau blue-black metallic dengan tinted tingkap berwarna hijau. 
 


Pihak AMG turut memberikan bumper yang telah pun dimodifikasi, side sill, fender extension, serta set lampu berkembar yang dilengkapkan dengan iluminasi bi-fokal. 

Menariknya, ketika AMG membina van ini, rumah penala tersebut masih belum dikuasai oleh Mercedes-Benz sehinggalah jenama Jerman itu mengambil alih pengangan majoriti pada tahun 1990. 

Oleh sebab itu terdapat dua versi rim yang wujud di dalam katalog; satu dengan logo asal AMG dan set yang baharu mempunyai jenama Mercedes-AMG. 
 


Menurut sumber, tidak banyak unit AMG MB 100 D yang dibina oleh AMG menjadikan kewujudannya atas muka bumi ini sangat terhad dan dikatakan kos jualan van pantas ini adalah tiga kali ganda berbanding harga jualan asal van standard MB 100 D. 

Malah, van AMG MB 100 D ini juga turut digunakan sebagai komuter untuk pasukan perlumbaan DTM, termasulah Team AMG König Pilsener Mercedes-Benz.

 


Sumber: MyvanRoad & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mercedes-AMG memperkenalkan dua buah model iaitu GLA 35 4MATIC dan GLB 35 4MATIC. Dua buah SUV…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…
Berita Global
Memperkenalkan, Mercedes-AMG EQE SUV 2024 - SUV elektrik pertama yang didatangkan dengan talaan AMG…