Mercedes-AMG ONE nombor 1 di Nürburgring, catat masa 6:35.183 minit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-AMG ONE Nürburgring-Nordschleife
Mercedes-AMG ONE Nürburgring-Nordschleife
Catatan masa di litar Nürburgring-Nordschleife, Jerman sememangnya menjadi satu prestij buat pengeluar kereta.

Tidak kira sama ada pengeluar massa atau eksotik, masing-masing cuba mencipta rekod baharu.

Terbaru Mercedes-AMG ONE mencatatkan masa 6:35.183 minit di litar yang berjarak 20.832 kilometer.

Apa maknanya? Masa tersebut adalah rekod baharu bagi kenderaan produksi yang sah di jalan raya dan kereta super sport.

Dalam erti kata lain, Mercedes-AMG ONE adalah nombor satu di Nürburgring-Nordschleife!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-AMG ONE Nürburgring-Nordschleife

 

Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31 petang atau hanya beberapa saat sebelum litar ditutup pada pukul 5:15 petang.

Pelumba DTM dan duta AMG Maro Angel memandu kereta untuk percubaan kali terakhir dan beliau sebenarnya sudah pun mencatatkan rekod baharu sebelum itu.

Maro Angel tidak berpuas hati dan menjelang penghujung sesi, keadaan litar semakin baik dan beliau mengambil kesempatan tersebut dan akhirnya berjaya mencatat rekod baharu.

Ketika sesi ujian, cuaca dalam keadaan terang dengan angin perlahan manakala litar dalam keadaan lembap dan kotor di sesetengah lokasi dan perkara biasa pada musim luruh.

 

Mercedes-AMG ONE Nürburgring-Nordschleife

 

Semasa litar boleh digunakan untuk pusingan pantas pertama, masa berbaki kurang sejam. 

Suhu udara dan asfalt di bawah 20 darjah selsius dan hanya cukup untuk empat pusingan.

Mercedes-AMG membawa dua buah ONE ke Nürburgring dan masa yang terhad itu boleh digunakan secara efektif.

Kedua-dua kereta telah diperiksa dan direkodkan oleh TÜV Rheinland bagi memastikan ianya model produki. Masa terpantas diukur oleh wige SOLUTIONS

 

Mercedes-AMG ONE

 

Mercedes-AMG ONE sememangnya kereta hebat dengan membawa teknologi pacuan hibrid Formula Satu ke jalanan.

Enjin pembakaran dalaman hanya bersesaran 1.6 liter V6 dengan janaan turbo tetapi digabung bersama empat motor elektrik.

Hasilnya 1,063 kuasa kuda (hp) dan kelajuan maksimum dihadkan kepada 352 kilometer sejam (km/j).

Berapa jumlah Mercedes-AMG ONE dikeluarkan? 275 unit sahaja dan khabarnya Lewis Hamilton menempah dua unit, satu daripadanya dihadiahkan kepada ayahanda beliau.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
Pun begitu, Mercedes terpaksa berdepan cabaran bagi memastikan enjin V6 1.6 liter turbo daripada…