Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu video tular pada Facebook Komuniti Setempat Rembau Macam-Macam Ado sekitar pukul 8.30 pagi Jumaat.
Menurutnya, dalam video tular itu, kenderaan MPV berkenaan datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan seterusnya bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.
“Bahagian siasatan Dan penguatkuasaan trafik IPD Rembau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Hazri berkata, setakat ini, pemandu yang menularkan video berkenaan telah diambil keterangan dan usaha mengesan pemandu Perodua Alza itu sedang dijalankan.