Tempahan kereta sewa penuh sejak awal Ramadan, paling laku Exora dan Alza!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkhidmatan kereta sewa untuk kegunaan sempena cuti perayaan Aidilfitri sudah penuh ditempah sejak satu Ramadan lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Qaiser Auto Mall, Mohd Fauzi Che Roas berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) mendapat permintaan tinggi ekoran kebanyakan pelanggan mempunyai ahli keluarga ramai selain mementingkan keselesaan ketika perjalanan jauh.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke kampung. Kereta paling 'laku' adalah Perodua Alza dan Proton Exora.

"Selain itu kereta kompak (seperti) Perodua Myvi juga ada permintaan, kebanyakannya pelajar (yang akan sewa). Mereka akan 'car pool' dengan rakan-rakan sekampung untuk lebih jimat," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu Mohd Fauzi berkata, ada juga antara pelanggannya yang sanggup berhabis duit sehingga RM1,300 sehari menyewa kenderaan mewah seperti Toyota Alphard, Vellfire dan Hyundai Starex untuk kelihatan bergaya ketika pulang ke kampung.

Walaupun harga sewaan mencecah ribuan ringgit ketika musim perayaan, Mohd Fauzi berkata, masih ramai yang sanggup menyewa kenderaan tersebut sehingga lima hari.

"Kalau bukan musim perayaan, harga (sewaan) kereta mewah antara RM850 hingga RM950 sehari, tetapi pada musim raya harga boleh cecah sehingga RM1,000 hingga RM1,300 sehari.

"Kadang-kadang ahli keluarga tak ramai tetapi sebab nak 'showoff' pada orang kampung, mereka sanggup berhabis duit," katanya.

Sementara itu Mohd Fauzi turut mengakui, kebanyakan pengusaha kereta sewa akan menaikkan kadar sewaan pada musim perayaan, namun masih pada tahap yang munasabah.

Ini kerana katanya, ia mengambil kira beberapa faktor lain antaranya pembiayaan insurans dan belanja penyelenggaraan kenderaan.

"Bagi menghargai pelanggan, kami akan penuhkan tangki minyak kenderaan sebelum diserahkan kepada mereka dua hari sebelum sambutan Aidilfitri selain beri sumbangan duit raya," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…
Berita Global
Beijing pada awal Mac mengeluarkan lesen kepada gergasi teknologi China Baidu dan syarikat…
Berita Domestik
  "Ini merupakan dasar yang kita akan perkenalkan semula dan mana-mana pihak yang ingin melabur…