A.L.I Technologies lancar hoverbike bernilai RM2.85 juta di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pemula dron dari Jepun, A.L.I Technologies melancarkan secara rasmi sebuah hoverbike bernilai 77.7 juta yen (RM2.85 juta), XTurismo Limited Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hoverbike XTurismo itu dilengkapi dengan enjin konvensional dan empat motor elektrik yang mampu beroperasi selama 40 minit dengan kelajuan mencecah 100 km/j.
 

hoverbike


Menurut CEO A.L.I Technologies, Daisuke Katano memberitahu Reuters,buat masa ini penggunaan hoverbike itu dihadkan kepada kawasan tertutup sahaja, dan tidak boleh digunakan di atas jalan raya Jepun yang tersedia padat itu.
 

hoverbike


Namun, ia boleh digunakan untuk tugas-tugas menyelamat, terutama ketika memasuki lokasi yang sukar diakses oleh kenderaan biasa.
 

hoverbike


Syarikat pemula itu mendapat sokongan daripada pemain bola Keisuke Honda, serta syarikat industri seperti Mitsubishi Electric, Kyocera dan pembekal enjin Kawasaki Heavy Industries.

 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  SCMP melaporkan model XTurismo Limited Edition berkonsep hoverbike telah diterbangkan minggu…
Berita Global
Manakan tidak, struktur kipas yang tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap penunggang…