Hoverbike Polis Dubai terhempas dari ketinggian 30 meter

oleh Mohamad Hanif|
Hoverbike - motosikal terbang quadrotor daripada Hoversurf ini sememangnya jentera untuk mereka yang berhati kering dan tidak takutkan mati.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidak, struktur kipas yang tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap penunggang membuatkan aliran adrenalin anda menjadi lebih kencang daripada biasa, apatah lagi ketika sedang melakukan rondaan tanpa menyedari ia sebenarnya menghadapi masalah.

Kejadian terbaharu ini berlaku di Dubai apabila pasukan polis kota metropolitan tersebut membuat cubaan demonstrasi penerbangan pada minggu ini, dimana Hoverbike itu mengalami masalah pada ketingginan 30 meter.

Menurut kenyataan Hoversurf, Hoverbike itu mengalami masalah barometer yang tidak berfungsi pada ketinggian tersebut, dan motosikal terbang itu terhempas dari ketinggian tersebut.

Mujur penunggang tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, namun Hoverbike itu mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut.

Video kejadian tersebut boleh ditonton menerusi pautan di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  SCMP melaporkan model XTurismo Limited Edition berkonsep hoverbike telah diterbangkan minggu…
Berita Global
Hoverbike XTurismo itu dilengkapi dengan enjin konvensional dan empat motor elektrik yang mampu…