Hoverbike XTurismo Limited Edition - motosikal terbang dari Jepun

oleh SALINA JALIL|
Apabila bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda berbicara tentang motosikal terbang atau hoverbike, ramai jutawan di negara itu terpikat dengan idea tersebut.


Membaca laporan portal South China Morning Post (SCMP) pada 27 Oktober lalu, cukup untuk meyakinkan bahawa memang ada perbezaan antara cita-cita dan impian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

SCMP melaporkan model XTurismo Limited Edition berkonsep hoverbike telah diterbangkan minggu lalu. Melalui syarikat, ALI Technologies, Honda bekerjasama dengan Mitsubishi Electric Inc.

 

Lengkap dengan pakaian keselamatan dan penutup telinga, motosikal seberat hampir 300 kilogram itu diterbangkan dengan ketinggian beberapa meter daripada landasan litar lumba berhampiran Gunung Fuji selama 40 minit. Paling menarik, kelajuan hoverbike mampu mencecah sehingga 100 kilometer sejam (km/j).

 

Paling mengejutkan, syarikat berkenaan telah menerima tempahan dan akan membuat pengeluaran batch pertamanya sebanyak 200 unit. Khabarnya, hoverbike itu sudah berada di pasaran bermula 26 Oktober lalu dengan harga seunit mencecah US$680,000.00 (RM2.8 juta).

 

Persoalannya, adakah hoverbike akan menjadi ‘alat permainan’ jutawan di Jepun? Sebenarnya, konsep motosikal terbang umpama impian masa depan yang terlalu sukar direalitikan tetapi Jepun telah membuktikan impian itu mampu menjadi kenyataan pada 2022.Jepun sememangnya menjadi peneraju teknologi sejak berzaman lamanya.

 

Penulis: Profesor Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

 

 

Video di bawah ini:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hoverbike XTurismo itu dilengkapi dengan enjin konvensional dan empat motor elektrik yang mampu…
Berita Global
Manakan tidak, struktur kipas yang tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap penunggang…