Alex Rins juara British GP, Suzuki tawar pinjaman motosikal tanpa faedah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perlumbaan motosikal Grand Prix British yang berlangsung minggu lalu sememangya mendebarkan. Penunggang Pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins memenangi perlumbaan dengan dramatik apabila berjaya memintas Marc Marquez pada saat-saat akhir di garisan penamat. Orang kata menang separuh tayar.

Kemenangan tersebut sememangya mengujakan bila mana Marc Marquez mendominasi podium perlumbaan musim ini. Kemenangan itu juga mahu dikongsikan kepada peminat dan mereka yang berura-ura mahu mendapatkan motosikal baharu apabila Suzuki Great Britain menawarkan keseluruhan siri GSX-R dengan pinjaman tanpa faedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki GSX-R1000R

Tawaran ini untuk model berkuasa tinggi seperti GSX-R1000R dan GSX-R1000 yang menggunakan teknologi daripada model GSX-RR seperti sistem pemasaan injap boleh ubah dengan meningkatkan kuasa pada pelbagai peringkat seperti daya kilas rendah, lonjakan mid-range dan kuasa top-end. 

Pengguna yang mahukan motosikal kecil turut tidak terkecuali dengan tawaran ini melalui model GSX-R125.

Perlumbaan MotoGP kini memasuki separuh akhir dengan baki tujuh pusingan. Alex Rins menduduki ranking ketiga dengan 149 mata dan tidak jauh daripada 172 mata yang dipegang oleh Andrea Dovizioso daripada pasukan Ducati. Marc Marquez yang mewakili Honda pula selesa mendahului carta dengan 250 mata.

Suzuki GSX-R1000

Prestasi Suzuki di MotoGP kebelakangan ini cemerlang dan walaupun tidak berjaya memecahkan dominasi Honda, Ducati dan Yamaha jenama itu sedang mendahului Kejuaraan Superstock 1000 British dengan Richard Cooper memenangi pusingan di Cadwell Park pada 18 Ogos lalu.

Program penghargaan yang dilakukan Suzuki ini memang menarik, bayangkan Honda, Ducati atau Yamaha menawarkan kempen sama setiap kali mereka memenangi pusingan atau juara dunia, pasti meriah habis!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Suzuki GSX-R125

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
MotorGP
Alex Rins menandatangani kontrak baharu bersama Suzuki baki membolehkan dia kekal dengan pasukan…