Alex Rins sambung dua tahun kontrak bersama Suzuki

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alex Rins menandatangani kontrak baharu bersama Suzuki baki membolehkan dia kekal dengan pasukan berkenaan sehingga 2022.

 

“Kontrak baru di antara Suzuki Racing Company dan pelumba MotoGP berusia 24 tahun kelahiran Sepanyol itu hadir ketika situasi yang sangat aneh dalam sejarah.

 

“Bagaimanapun, pembaharuan kontrak ini mengesahkan Suzuki, pasukan dan pelumba memikirkan masa depan serta fokus bagi mendapatkan keputusan lebih baik,” jelas Suzuki dalam satu kenyataan.

 

Dua kejuaraan dan aksi mantap dalam perlumbaan membolehkan Rins menamatkan saingan 2019 di tempat keempat tapi dia belum beraksi lagi musim ini berikutan penularan wabak Covid-19.

 

Tiga pelumba yang berada di depannya tahun lalu ialah Maverick Vinales, Andrea Dovizioso dan penyandang juara, Marc Marquez.

 

Seorang lagi pelumba yang bersama Vinales di Yamaha untuk musim 2021 dan 2022 ialah Fabio Quartararo menggantikan juara dunia tujuh kali berusia 41 tahun, Valentino Rossi.

 

 

 

Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Global
Tawaran ini untuk model berkuasa tinggi seperti GSX-R1000R dan GSX-R1000 yang menggunakan…