Aidilfitri 2024: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual dengan kesemua tiket ke Pantai Timur sudah habis terjual.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini menjadikan hanya lebih kurang 100,000 tiket bas ekspres yang tinggal, iaitu bagi perjalanan ke utara dan selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan bagi menampung permintaan tiket yang tinggi untuk balik kampung sempena Aidilfitri.

"Jumlah bas tambahan dijangka akan meningkat sehingga permohonan LPS tutup pada 4 petang Selasa. Pada tahun lepas, sebanyak 256 bas tambahan telah diluluskan oleh APAD," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau pengoperasian TBS sempena Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua Pengarah APAD Datuk Azlan Shah Al Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Datuk Roslan Sharif.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar jika ada pemandu yang…
Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…