JPJ - Pemandu bas buat ‘live’ TikTok akan terus disaman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan serta-merta terhadap pemandu bas ekspres yang dikesan membuat rakaman langsung melalui aplikasi TikTok ketika memandu, pada Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata pihaknya akan menempatkan pegawai penyamaran di dalam setiap bas ekspres bagi memastikan tiada pemandu yang melakukan kesalahan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar jika ada pemandu yang bertindak sedemikian juga sangat dialu-alukan.

"Mereka boleh menghantarkannya kepada kami berserta tarikh dan lokasi perjalanan bagi memudahkan pihak kami mengambil tindakan.

"Sebelum ini, memang ada kes seperti ini (pemandu menggunakan telefon bimbit dan membuat siaran langsung melalui TikTok) tetapi untuk Ops HRA kali ini, belum ada aduan diterima setakat ini.

"Namun jika dikesan melakukan kesalahan itu, mereka boleh diambil tindakan terus. Bagaimanapun, perjalanan tetap boleh diteruskan," katanya kepada pemberita ketika menyertai Ops HRA 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, pada Sabtu malam

Pada operasi itu, beliau turut melakukan pemeriksaan pada bas ekspres menggunakan peralatan khusus bagi memastikan ketebalan tayar supaya tidak botak, selain lampu isyarat berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Lokman memaklumkan sepanjang Ops HRA 2024 hingga kini, lima pemandu bas ekspres didapati positif dadah jenis methamphetamine membabitkan dua di Sarawak; Kota Bahru, Kelantan (satu); dan Alor Setar (dua).

Beliau berkata, dua pemandu berusia 31 dan 67 tahun di Alor Setar terbabit dikesan mengambil bahan terlarang itu, ketika menjalani ujian saringan air kencing secara rawak di Terminal Bas Shahab Perdana, pada Sabtu malam.

.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…