Adakah ini Honda Winner X edisi Repsol?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas pelancaran rasmi Honda Winner X di Vietnam pada bulan lalu, timbul pula beberapa gambar intip yang mendedahkan Honda RS150R edisi Repsol di sebuah gudang yang tidak diketahui lokasinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan pengamatan kepada lokasi gudang yang dipamerkan (serta nombor pendaftaran motosikal di balik tabir), besar kemungkinan model Repsol ini sebenarnya bukan berada di Malaysia. 

Apatah lagi Honda Winner X ini masih lagi memakai decal Winner X di bahagian badannya, dan bukan Honda RS150R - nama rasmi yang digunakan di Malaysia. 

 


Tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar model edisi Repsol memandangkan tiada sebarang imej rasmi diterbitkan oleh Honda ketika ini, namun jika benar ia pasti akan dijual pada harga yang sedikit mahal berbanding model standard. 

Honda Vietnam Company melancarkan generasi terbaharu kapcai Winner X bulan lalu namun masih kekal dengan nadi 149 cc DOHC sejukan cecair berkuasa 15.4 hp dan daya kilas 13.5 Nm. 
 


Honda Winner X mempunyai rekaan badan yang berlainan berbanding model terdahulu, seperti lampu hadapan LED berkembar, skrin paparan digital dan yang paling utama, sistem brek ABS yang didatangkan sebagai opsyen. 

Ini menjadikan Honda Winner X sebagai satu pilihan yang berbaloi dan selamat untuk dijadikan sebagai kenderaan seharian. 

Terdapat juga versi non-ABS di mana Honda Winner X turut dipadankan dengan sistem brek gabungan (CBS) yang akan mengaktifkan brek hadapan dan belakang mengikut turutan sekiranya berlaku kecemasan. 
 


Harga jualan Honda Winner X di Vietnam pula bermula dari 45.99 juta Dong (RM8,147) untuk versi CBS, manakala versi ABS pula dijual pada harga 48.99 juta Dong (RM8,708) dan 49.9 juta Dong (RM8,869) untuk versi warna hitam mati.

Sumber gambar: WhatsApp
Sumber gambar rasmi: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana ia masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 149.1 cc DOHC yang berupaya…
Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kehadiran model CBR1000RR-R, Africa Twin, Goldwing, serta jentera CBR250RR yang…
Berita Domestik
Namun apa yang kelihatan ialah model RS150R sekarang dengan beberapa perubahan kecil. Menurut dari…