Honda RS150R V3 bakal masuk Malaysia tak lama lagi - sumber

oleh Mohamad Hanif|
Jikalau anda perasan, kebelakangan ini Boon Siew Honda sudah mula aktif membawa masuk model-model yang menarik untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dimulakan dengan kehadiran model CBR1000RR-R, Africa Twin, Goldwing, serta jentera CBR250RR yang khusus untuk kegunaan perlumbaan, diikuti dengan model jalanan CBR250RR dengan tanda harga yang cukup menarik (RM25,999) dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

Masih ramai yang tertanya, bilakah Boon Siew Honda bakal membawa masuk model yang satu ini - Honda RS150R V3 atau nama lainnya Honda Winner X?

 


Tahun lalu, Boon Siew memberikan alasan berdasarkan satu soal selidik di mana pengguna Malaysia lebih menggemari model RS150R dan bukan Winner X, sedangkan rata-rata pengguna media sosial memberikan respons sebaliknya.

Namun, kami berjaya mendapatkan satu sumber dalaman yang menyebut pihak Boon Siew dikatakan akan membawa masuk model yang dimaksudkan pada tahun ini, selepas pelancaran rasmi sebuah lagi model yang dinanti-nantikan setelah sekian lama - ADV 150.

Berbanding model RS150R V2 yang mengecewakan ramai pihak sebelum ini, Honda Winner X membawakan perubahan kosmetik yang lebih ketara, di mana unit lampu utama telah dialihkan ke bahagian dada, diikuti dengan rekaan kepala yang lebih tirus.

Versi facelift telah pun dilancarkan di Vietnam tahun lalu di mana ia masih mengekalkan enjin 150 cc berkuasa 15.4 hp dan 13.5 Nm daya kilas.

 

dengar cerita tak lama dah..


Dengan kemasukan model-model aras mula yang menarik seperti CBR250RR dan ADV 150, tiada alasan bagi Boon Siew Honda untuk tidak membawa masuk model RS150R V3 bagi terus memberikan saingan kepada seteru rapatnya, Yamaha Y15ZR.

Oh ya, anda mahu lihat unit pertama Yamaha Y15ZR V3 di Malaysia?

Tonton video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…