Honda Winner X 2022 dikemaskini untuk pasaran Vietnam

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pasaran Vietnam, moped Honda Winner X nampaknya telah pun diberikan kemaskini untuk tahun 2022, di mana ia lebih kepada perubahan bersifat kosmetik semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana ia masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 149.1 cc DOHC yang berupaya menghasilkan 15.4 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.5 Nm @ 6,500 rpm.
 

Winner X


Perubahan yang dibawakan pada model kembar RS-X 2022 ini merangkumi rekaan panel sisi baharu dengan ciri liang udara sisi, diikuti dengan lampu membelok yang diintegrasikan dengan kemas, tidak lagi terbonjol.

Honda Winner X juga hadir dengan ciri port pengecasan USB, sistem kekunci pintar serta sistem pemacu rantai yang turut dinaiktaraf.
 

Winner X


Terdapat dalam tiga varian, Honda Winner X dijual bermula dari 46.09 juta dong (RM8,447), diikuti versi Special ABS berharga 49.99 juta dong (RM9,161) dan versi Sports ABS berharga 50.49 juta dong (RM9,253).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kehadiran model CBR1000RR-R, Africa Twin, Goldwing, serta jentera CBR250RR yang…
Berita Domestik
Namun apa yang kelihatan ialah model RS150R sekarang dengan beberapa perubahan kecil. Menurut dari…
Berita Global
Manakan tidaknya, Yamaha didapati masih lagi kekal berdegil dengan penggunaan enjin asal 150 cc…