Acura Integra 2023 sah hadir dengan transmisi manual enam kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
Sedikit demi sedikit informasi berkenaan kehadiran Acura Integra 2023 timbul, dan terbaharu pengeluar tersebut mengesahkan model itu bakal dilengkapi dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan satu langkah yang harus dipuji, memandangkan sudah tidak banyak pengeluar yang masih lagi mahu mengekalkan penawaran kotak gear tiga pedal itu ditengah-tengah pasaran yang sudah dibanjiri dengan transmisi yang lebih mudah dan cekap.
 

integra


Sebelum ini, Acura sudah pun mendedahkan dua teaser berbentuk gambar yang menunjukkan reka bentuk unit lampu hadapan dengan DRL yang tajam, diikuti dengan gambar dari bahagian belakang yang mengesahkan model Integra 2023 bakal ditawarkan dalam bentuk sedan liftback lima pintu.

Berdasarkan laporan terdahulu, Acura Integra 2023 bakal dibangunkan menggunakan pelantar Civic dan terdapat kemungkinan ia akan dilengkapi dengan nadi 1.5 liter turbo daripada model Civic Si, atau versi yang lebih hardcore - enjin 2.0 liter daripada Civic Type R!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula,…
Berita Global
Berdasarkan informasi daripada Integra Talk, Honda Acura Integra 2023 bakal ditawarkan dalam tiga…
Berita Global
Dengan pengenalan Integra baharu ini, ia bakal menjadi model aras mula terhadap barisan kenderaan…